BALIK PULAU: Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian Ogos lepas.
Tertuduh, Mohammad Imran Miah, 32, didakwa membunuh rakannya Alam Safiq di Jalan TAR di hadapan pintu masuk Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru di sini pada jam lebih kurang 9.30 malam hingga 11.17 malam, 21 Ogos lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
Mohammad Imran didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 23 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.
Pada 22 Ogos lepas, media melaporkan seorang lelaki warga asing maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan di kawasan Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian Ogos lepas. - Foto BERNAMA
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Banjir: Tukang cuci bersihkan sekolah sebelum rumah sendiri
Rugayah yang berkhidmat di sekolah berkenaan sejak 13 tahun lepas berkata menjadi kewajipan buat dirinya untuk membersihkan sekolah itu sebelum sesi persekolahan bermula Selasa ini.
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.
Tukang cuci secara tidak sengaja rosakkan penyelidikan 20 tahun
Rensselaer Polytechnic Institute saman agensi yang membekalkan pekerja pembersihan itu, Daigle Cleaning Systems dan tuntut AS$1 juta.
Wanita Indonesia jadi mangsa buruh paksa diselamatkan
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kerja di sebuah rumah di Port Dickson, dua hari lepas.
Tukang cuci warga Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara
Mohammad Imran Miah didakwa membunuh rakannya Alam Safiq di Jalan TAR di hadapan pintu masuk Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru.
Tukang cuci mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 15 tahun di dalam tandas sebuah masjid.
Tukang cuci maut dibunuh rakan serumah kerana dendam
Seorang tukang cuci warga asing maut ditikam dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki dipercayai rakan serumahnya sendiri di Bukit Gedong, di sini, malam tadi.
Wanita dipukul, disamun lelaki baru dikenali
Mangsa berusia 40 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci hotel ditemui terbaring di atas jalan.
Tukang cuci dituduh bunuh pejalan kaki, halang penjawat awam
Seorang tukang cuci didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pejalan kaki ketika melarikan diri sewaktu dikejar polis.
COVID-19: Rakyat Malaysia tinggal di asrama antara 25 kes baharu di Singapura
Dirujuk sebagai Kes 63622, pekerja pembinaan di HW Communications Pte Ltd berkenaan tidak menunjukkan gejala.